suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Proses Tukar Agama Diadakan Di SMK Tenom - Jame

Jame Alip.
KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah menafikan dakwaan bahawa berlaku aktiviti penukaran agama kepada Islam diadakan secara besar-besaran di SMK Tenom yang terletak kira-kira 148 kilometer dari sini.

"Tiada aktiviti seperti itu sedang berlaku," kata Pengarahnya, Datuk Jame Alip dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star pada Rabu.

Khabar angin bahawa ramai pelajar bukan Islam di sekolah tersebut dipaksa mengucap kalimah Syahadah dan memeluk Islam sebagai agama baharu mereka ketika perhimpunan di sekolah tersebut pada pagi Rabu, mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan laman media sosial.

Terdapat dakwaan bahawa pelajar yang enggan mengikut arahan telah dikasari dan kebanyakan pelajar meninggalkan asrama kerana bimbang dengan khabar angin itu.

Pada awal bulan ini, seorang pelajar di SMK Kinarut didakwa dipaksa memeluk agama Islam oleh seorang warden di asramanya tanpa persetujuan ibu bapanya.

Perkara itu diketahui bapanya selepas melihat anak perempuannya bertudung apabila dia pergi ke asrama untuk mengambil anaknya itu pulang ke rumah.

Polis berkata, pelajar perempuan itu masih lagi beragama Kristian kerana ibu bapanya tidak pernah bersetuju dengan penukaran agama anaknya.

SMK Tenom, Jame Alip

Artikel Berikut

Artikel Lain