suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Di Laut Sulu: Gegaran Dirasai Di Sabah

KOTA KINABALU: Gegaran kecil dirasai di bahagian timur pantai Sabah selepas gempa bumi yang terjadi di dasar laut melanda Laut Sulu di Filipina.

Mereka yang berada di bangunan tinggi di Sandakan dan Lahad Datu merasai gegaran kecil selama beberapa saat susulan gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi Rabu.

Pasukan bomba terpaka memindahkan kakitangan di Pejabat Majlis Perbandaran Sandakan yang berada di bangunan setinggi empat tingkat itu memastikan semua berada dalam keadaan selamat.

Seorang kakitangan di pejabat tersebut, Vun Soon Chong berkata mereka sedang mengadakan mesyuarat ketika gegaran berlaku.

"Rakan-rakan saya di tingkat empat merasai gegaran tersebut," katanya.

Mereka dibenarkan kembali semula ke pejabat pada pukul 10.05 pagi.
gempa bumi, Laut Sulu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain