Dua Warga Asing Maut Lari Dari Pemeriksaan Polis - Semasa | mStar

Dua Warga Asing Maut Lari Dari Pemeriksaan Polis

ALOR GAJAH: Dua warga asing maut dilanggar treler ketika melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kilometer 216.2 arah ke selatan Lebuhraya Utara-Selatan di sini malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mereka yang berusia awal 30-an meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian pukul 10.30 malam itu.

Beliau berkata, pihak polis yang sedang membuat rondaan mengesyaki mereka apabila mendapati cermin belakang kereta yang dinaiki empat lelaki itu dalam keadaan pecah.

"Pada mulanya mereka memberhentikan kereta mereka apabila diarah berbuat demikian, namun kemudiannya mereka memecut ke arah Tol Simpang Ampat dan melanggar palang penghadang tol," katanya.

Raja Shahrom berkata kereta berkenaan kemudian memecut ke arah tol Ayer Keroh dalam keadaan melawan arus ke arah Jasin, sebelum kembali semula ke tol Simpang Ampat dan keluar semula ke arah selatan dan berhenti di laluan kanan lebuh raya.

"Keempat-empat lelaki tersebut kemudian keluar dari kereta dan menyeberangi lebuh raya sebelum dua daripada mereka dilanggar sebuah treler. Kedua-duanya  tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya.

Beliau berkata, nombor pendaftaran kereta tersebut didaftar atas nama seorang wanita tempatan dari Cheras, Kuala Lumpur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain