suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Salahkan BN Jika MIC Berpecah Kerana Krisis - TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: MIC tidak boleh menyalahkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) jika usaha untuk mengadakan pilihan raya semula untuk semua jawatan diabaikan dan membawa kepada perpecahan dalam parti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pemimpin BN telah cuba yang terbaik untuk membantu MIC menyelesaikan krisis dalamannya dan terpulanglah kepada ahli-ahli parti untuk memutuskan nasib mereka.

"Jika MIC mendapati cadangan itu (pemilihan semula) tidak boleh menyelesaikannya dan mereka mempunyai cara lain, mereka boleh lakukan apa yang mereka mahu lakukan.

"Pemimpin-pemimpin MIC berpendidikan tinggi dan berpengalaman dan jangan salahkan kita di kemudian hari jika parti itu berpecah kerana krisis itu," katanya kepada pemberita di sini.

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN berkata tiada apa lagi yang dapat dilakukan BN selain memberi nasihat kepada para pemimpin untuk meneruskan dengan pemilihan semula.

Artikel Berikut

Artikel Lain