suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Selangor Diminta Kemuka Rancangan Tangani Krisis Air

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali diminta mengemukakan kepada rakyat pelan tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah bekalan air memandangkan musim panas yang dijangka melanda negara pada Mac ini.

Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata ini bagi memastikan rakyat Selangor tidak lagi terbeban dengan masalah catuan bekalan air seperti yang berlaku sebelum ini. 

Beliau berkata perancangan kerajaan negeri seharusnya tidak melibatkan tindakan catuan termasuk pengambilan air daripada lombong yang dikhuatiri menjejas kesihatan rakyat.

Ketika ditemui pemberita di sini Isnin, Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata Mohamed Azmin hendaklah mengetepikan perbezaan politik dengan memastikan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) termasuk projek penyaluran air dari Pahang dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Ini selaras dengan perjanjian yang dibuat antara bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kerajaan Pusat dalam isu bekalan air di Selangor, kata Irmohizam.
krisis air, Selangor, Azmin Ali

Artikel Lain