suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori Rempuh Treler: Dua Maut, Seorang Parah

IPOH: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila lori yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler di KM266.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan, di sini, tengah malam Jumaat, kata polis.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata yang maut ialah pemandu lori M.Nagalinggam, 49, dan rakannya dikenali sebagai Yusri, 20, manakala seorang remaja Mohd Saiful Nazri Noor Affandy, 19, cedera parah.

Katanya Nagalinggam meninggal dunua di tempat kejadian manakala rakannya, Yusri, meninggal dunia di wad kecemasan HRPB.

Mohd Saiful Nazri dimasukkan ke hospital yang sama, katanya ketika dihubungi.

Wan Shaharuddin berkata lori itu yang membawa muatan cat dengan sebahagian daripadanya bertaburan di atas jalan berikutan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam dari terowong Menora sehingga ke Km266.1.

Ketiga-tiga mereka tersepit di dalam lori dan dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Ipoh dan Kuala Kangsar, kata seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya.

Ipoh, Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain