suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Rugi RM3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook

MELAKA: Seorang ahli perniagaan bersama kira-kira 50 ahli keluarga dan rakannya dilapor mengalami kerugian RM3.4 juta setelah membeli emas melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supritendan Ee Khong Koy berkata, lelaki berusia 33 tahun itu berurusan dengan sebuah syarikat pada September tahun lepas dengan jaminan keuntungan lumayan.

Beliau berkata mangsa menyedari telah tertipu selepas tidak dapat lagi menghubungi syarikat tersebut pada 9 Januari lalu.

"Pada peringkat awal urusan pembelian berlaku tanpa masalah dan mangsa telah mengajak ahli keluarga dan rakannya untuk membeli emas daripada syarikat tersebut.

Namun setelah pembayaran dibuat, emas yang dijanjikan tidak diterima," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontigen Melaka di sini, Rabu.

Beliau berkata, syarikat tersebut didapati mempunyai ramai ejen jualan di seluruh negara.


emas, Ee Khong Koy, Melaka

Artikel Lain