suria

QZ8501: Mesej Tony Fernandes Buat Semua

Tony Fernandes (kanan) ketika menghadiri pengebumian anak kapal AirAsia Indonesia QZ8501, Khairunisa, di Palembang awal bulan ini.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Selasa menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana menyokong syarikat penerbangan tambang murah itu ketika saat getir berikutan tragedi yang menimpa pesawat QZ8501.

"Beberapa minggu kebelakangan ini menjadi paling sukar dalam hidup saya sejak bersama AirAsia 13 tahun lalu dan saya mahu menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan semua pihak kepada kami.

"Mesej yang penuh kasih sayang dan kata-kata semangat kepada kami akan membolehkan kami terus memaklumkan perkembangan terkini siasatan kejadian itu," katanya menerusi emelnya.

Beliau juga menambah bahawa syarikat berkenaan komited untuk mengkaji semula serta memperbaiki produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.

"Kami akan lebih fokus untuk menyediakan yang terbaik kepada pelanggan, walaupun ketika masa sukar ini, kami mahu terus menjadi yang terbaik di dunia dan untuk anda semua.

"Bersama 17,000 AirAsia Allstar, kami meminta anda untuk bersama kami berdoa untuk semua ahli keluarga yang kehilangan orang yang disayangi dalam pesawat QZ8501," katanya.

Pada 28 Disember lalu, penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dengan 162 penumpang dilaporkan hilang sebelum ia dikesan terhempas dan mengorbankan semua penumbang terbabit.
AirAsia, Tony Fernandes, QZ8501

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain