Pemegang Unit ASB Terima Dividen 7.50 Sen, Bonus Satu Sen Seunit - Semasa | mStar

Pemegang Unit ASB Terima Dividen 7.50 Sen, Bonus Satu Sen Seunit

Ahmad Sarji (kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 di sini, Khamis.

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014 berbanding 7.70 sen yang diterima tahun lepas.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bahawa 8.60 juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 1.00 sen seunit.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemegang unit secara kolektifnya memegang unit secara kolektifnya memegang 137.07 bilion unit ASB.

Beliau berkata, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, meningkat sebanyak 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun lepas.

Manakala bagi bayaran bonus, ia melibatkan sejumlah RM804.43 juta, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 2013.

Sehingga Selasa lepas, katanya, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.55 bilion.

"Pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus, pendapatan daripada keuntungan jualan saham sebanyak RM4.23 bilion atau 40.1 peratus dan lain-lain pendapatan sebanyak RM1.68 bilion atau 15.9 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini, Khamis.

Prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham mengalami penurunan mendadak sejak kebelakangan ini.

Sehingga 16 Disember, 2014, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan penurunan sebanyak 10.3 peratus kepada 1,673.94 mata, berbanding 1,866.96 mata yang dicatatkan pada 31 Disember, 2013, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia yang berterusan.

Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 23 Dis, 2014 sehingga 1 Januari, 2015, bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus, katanya.



ASB , bonus , dividen

Artikel Sebelum

Guru Dakwa Ditipu Ustaz

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain