suria

Buku Katolik Yang Dirampas Dipulangkan

Father Cyril Mannayagam.
TANGKAK: Paderi di sebuah gereja Katolik di Ledang di sini dimaklumkan oleh polis bahawa buku Hymn yang dirampas baru-baru ini akan dikembalikan semula.

Father Cyril Mannayagam memberitahu The Star bahawa beliau menerima panggilan telefon dari polis yang memaklumkannya bahawa buku tersebut boleh diambil semula kira-kira pukul 8 malam Khamis.

"Mereka (polis) menghubungi saya dan memaklumkan untuk mengambil semula buku tersebut dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ledang di sini nanti," katanya.

Terdahulu, Father Cyril dilaporkan telah menghantar buku bertajuk Mari Kita Memuji Allah Kita untuk difotokopi pada 5 Disember apabila salinan asal dan 30 naskah buku fotokopi itu dirampas.

Menurut laporan, polis menjelaskan bahawa buku-buku tersebut dirampas kerana ia dianggap sensitif berikutan penggunaan perkataan "Allah" selain terdapat gambar gereja dengan lambang salib di muka depan buku itu.

Polis juga mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas dasar agama.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, polis tidak dapat memberikan komen berhubung pemulangan buku tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain