suria

Tanah Runtuh: Seorang Kanak-Kanak, 2 Warga Asing Terkorban

CAMERON HIGHLANDS: Tiga orang terkorban ekoran hujan lebat yang menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh di tiga kawasan di sini. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata seorang remaja telah dihanyutkan oleh arus deras banjir di Kuala Terla manakala dua lagi tertimbus oleh tanah runtuh di Ringlet dan Bertam Valley.

"Mayat kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, R. Tunesh, ditemui kira-kira 5km dari tempat dia dihanyutkan di Batu 49, Kuala Terla.

"Dia ditemui di tebing sungai oleh pasukan pencari dan penyelamat kira-kira pukul 8.45 pagi," katanya kepada wartawan di pusat operasi di Lembah Bertam, Khamis.

"Mayatnya telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya. 

Wan Mohd Wan Zahari berkata seorang lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun, Anipan, ditemui tertimbus di rumah sewanya di Bertam Valley, kira-kira pukul 9.20 pagi. 

"Dia gagal untuk melarikan diri dari rumahnya dan tertimbus kira-kira satu meter (tiga kaki) di bawah timbunan tanah," katanya.

"Seorang lagi mangsa dari Nepal, Md Yousuf Miya berusia 66 juga tertimbus di rumahnya di Ulu Merah di Ringlet" katanya.
tanah runtuh, banjir lumpur, Ringlet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain