suria

Penyokong Anwar Harap Mahkamah Putuskan Keputusan Pada Khamis

PUTRAJAYA: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap nasib Ketua Pembangkang dalam rayuannya terhadap hukuman penjara  lima tahun di atas kesalahan meliwat akan diketahui pada Khamis.

Mereka yang masih menanti prosiding pada hari ketujuh itu tetap mengadakan perhimpunan tanpa permit di luar perkarangan Kompleks Istana Kehakiman.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa ketika berucap di hadapan kumpulan itu berkata, pihaknya mahu penantian mereka berhubung nasib masa depan politik Anwar dapat diketahui segera.

"Kita tak mahu lagi ia ditangguhkan. Perbicaraan ini sudah berlarutan sejak minggu lalu," katanya di sini, Khamis.

Kumpulan itu yang kebanyakkannya memakai pakaian berwarna hitam berkumpul secara aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi.

Bagi yang beragama Islam, kumpulan itu dilihat duduk sambil membaca surah Yassin dan berdoa supaya Anwar dibebaskan.

Prosiding hari ini menyaksikan pasukan pembelaan mula menyampaikan hujah balas.

Mahkamah, Anwar, Liwat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain