Lokasi Tanah Runtuh Bukit Beruntung Diisytihar Stabil - Semasa | mStar

Lokasi Tanah Runtuh Bukit Beruntung Diisytihar Stabil

HULU SELANGOR: Lokasi tanah runtuh dekat Apartment Teratai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diisytiharkan stabil dan pihak berkuasa telah memberikan lampu hijau kepada penduduk untuk kembali ke kediaman mereka mulai pukul 3 petang Ahad.

Pegawai Majlis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, tiada pergerakan tanah baharu yang direkodkan sejak cerucuk telah dipasangkan pada Sabtu.

"Kita telah membuat kesimpulan bahawa kawasan itu selamat dan mangsa-mangsa boleh mula berpindah keluar dari tempat perlindungan pada kira-kira pukul 3 petang hari ini (Ahad)," katanya kepada The Star.

Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Khamis lalu mula melakukan kerja-kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh di Apartment Teratai bagi menghentikan pergerakan tanah.

Jabatan itu berkata, ia turut menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji penyelesaian jangka panjang untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

Pasukan khas itu melibatkan pegawai-pegawai dari JKR, Jabatan Mineral dan Geosains, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta Tenaga Nasional Bhd.

Kejadian tanah runtuh pada Isnin lalu mengakibatkan pemindahan 1,163 orang dari 289 keluarga.

tanah runtuh Bukit Beruntung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain