suria

Taman Tema Angry Birds Dibuka Di JB 31 Okt

JOHOR BAHRU: Taman tema dalam bangunan 'Aktiviti Angry Birds' pertama di Asia Tenggara akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Oktober ini.

Peminat permainan burung animasi itu akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship di taman yang terletak di pusat membeli-belah Komtar JBCC di sini.

Pengarah Eksekutif Damansara Asset Sdn Bhd, Yusaini Sidek pada sesi preview media pada Ahad berkata, taman itu merupakan kerjasama dengan pengasas permainan burung itu yang berpangkalan di Finland, Rovio Entertainment Ltd.

"Peminat-peminat di Malaysia dan negara-negara jiran kini boleh merasai sendiri dunia Angry Birds menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan dan interaktif serta menyeronokkan," katanya.

Tiket berharga RM75 untuk sekali masuk tetapi harga bagi pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60.

Pelbagai jenis tiket boleh didapati dari pas untuk sekali, pas keluarga sehingga pas tahunan tanpa had.

Taman itu terletak di aras tiga pusat membeli-belah itu, dan akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Kanak-kanak berusia 10 tahun yang masuk ke taman tema itu perlu ditemani seorang dewasa setiap masa.


Angry Birds

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain