suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Indonesia Mati Terkena Renjatan Elektrik

NILAI: Seorang pemotong buah kelapa sawit warga Indonesia maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Jijan Tengah, dekat sini, Sabtu. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada pukul 11.47 pagi dan lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.
 
"Apabila tiba di lokasi didapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Pihak kami cuba membuat bantuan pernafasan kecemasan atau Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) namun tiada sebarang reaksi ditunjukkan oleh mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya mangsa dikenali sebagai Natimin, 40, dipercayai cuba mengalihkan wayar elektrik yang jatuh dari tiang elektrik di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya usaha mangsa memudaratkan diri apabila terkena rejatan elektrik menyebabkan jari manis kanannya terbakar dan mangsa maut di tempat kejadian.

Sharim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat.
renjatan elektrik

Artikel Lain