suria

Azmin Mahu Tumpu Usaha Bangunkan Selangor

Azmin ali.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali berkata beliau akan memberi fokus terhadap usaha membangunkan Selangor demi kesejahteraan rakyat dan tidak mahu memikirkan tentang sebarang konspirasi politik. 

Azmin berkata beliau sangat gembira dengan barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru dipilih, sambil menambah komitmen utama beliau adalah berkhidmat demi kepentingan Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor. 


"Saya sangat gembira dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP yang memberi sokongan penuh terhadap pasukan baru ini di Selangor. 

"Sekarang tiba masanya untuk bekerja dan fokus utama ialah untuk membangunkan negeri ini," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya perpecahan dalam PKR, yang mahu Azmin menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti. 

Terdapat beberapa kain rentang di Seksyen 15 di sini, yang menggesa Azmin menggantikan Wan Azizah. 

'Masa Untuk Reformasi Parti dan Kami Mahu Azmin Ganti Presiden' itulah antara tulisan yang tertera di kain rentang berkenaan. 

Sumber daripada parti, bagaimanapun menafikan wujudnya gerakan sedemikian dalam parti, hal ini kerana pemilihan parti baru sahaja berakhir, kata sumber berkenaan lagi. 

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada insiden sedemikian merupakan usaha mensabotaj parti. 

Azmin memenangi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 22, 562 undi menewaskan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memperoleh 10, 473 undi, selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada parti. 








Azmin Ali, PKR, Selangor

Artikel Lain