suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tegas, Berani Antara Kualiti Pemimpin - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin mesti tegas, berani danberiltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang dibuat adalah tidak popular, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.

"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," katanya dalam ucaptama bertemakan 'Kepimpinan dan Pengurusan Krisis' pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, Rabu.

Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.

"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia untuk campur tangan dan menghapuskan sebarang amalan buruk.   

"Ini menuntut kepimpinan yang kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan," katanya.

Dr Mahathir

Artikel Lain