suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klinik Swasta Guna Khidmat Doktor Tak Bertauliah Diarah Tutup

GEORGE TOWN: Sebuah klinik swasta 24 jam di Bayan Baru di sini diarah menghentikan operasi apabila didapati menggunakan perkhidmatan doktor tidak bertauliah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata doktor yang mengendalikan klinik berkenaan didapati tidak memiliki Sijil Perakuan Amalan Tahunan yang melayakkannya memeriksa pesakit.

"Kami telah merekodkan keterangan lelaki berusia 54 tahun itu dan operasi klinik itu dihentikan serta merta sehingga siasatan selesai," katanya pada Rabu.

Beliau berkata serbuan di klinik itu pada 2 petang ini dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Unit Kawalan Perubatan Swasta (Ukaps) Jabatan Kesihatan negeri hasil maklumat awam dan risikan.

Dr Lailanor berkata siasatan awal mendapati klinik itu sebelum ini diselia oleh doktor lain yang mempunyai tauliah.

"Mungkin lelaki itu hanya digajikan baru-baru ini dan doktor berkenaan menyerahkan urusan merawat pesakit kepadanya," katanya.

Artikel Lain