suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyelia Kargo Kastam KLIA Didakwa Terima Rasuah RM500

IPOH: Seorang penyelia kargo Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan RM500 pada Julai lepas.


Redzuan Ali, 35, didakwa menerima wang itu daripada seorang individu lain, ketika tertuduh bertugas di Bahagian Cukai Dalam Negeri Kastam, Kastam Diraja Malaysia, Negeri Selangor dari 2012 hingga 2013.

Redzuan dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Ipoh Garden, dalam daerah Kinta, di sini pada pukul 1.41 tengah hari, 27 Julai lepas.

Bagaimanapun, identiti individu itu tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan oleh pihak pendakwaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 21 Okt sebutan semula kes.

Redzuan membayar jaminan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim.


penyelia kargo kastam, rasuah

Artikel Lain