suria

Polis Nafi Maklumat Ahli Politik Cuba Bunuh Diri

Khairuldin Saad

KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu menafikan maklumat yangtersebar luas menerusi laman sosial yang mendakwa kononnya terdapat seorang ahli politik cuba membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan mendapati maklumat itu ternyata tidak benar.

"Saya telah menyemak dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan dan tiada sebarang laporan mengenai kejadian yang dikatakan itu," katanya kepada Beranma ketika dihubungi.

Antara maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial itu ialah 'Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menghalang seorang ahli politik daripada membunuh diri...Ketua Polis Daerah Ampang akan mengadakan satu sidang media malam ini berhubung perkara berkenaan".

Maklumat itu turut disebarkan dalam aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, ketika dihubungi, turut mengesahkan bahawa laporan itu tidak benar.

berita palsu, polis, ahli politik

Artikel Lain