suria

Tidak Perlu Pungutan Suara Di Sabah, Sarawak - Nancy

Nancy Shukri.
KOTA KINABALU: Pungutan suara tidak perlu diadakan bagi menentukan bilangan penduduk Sabah dan Sarawak yang mahu kedua-dua negeri itu keluar daripada Persekutuan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata penduduk Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak bekerja sebagai satu pasukan bagi membangunkan negara ini, dan adalah tidak adil untuk mengetepikan mereka yang telah membantu Sabah dan Sarawak mencapai 'apa yang dimilikinya hari ini'.

"Saya fikar ia tidak perlu diadakan sekarang...tidak perlu pungutan suara kerana lebih banyak suara yang bercakap mengenai berada dalam Malaysia berbanding luar Malaysia.

"Itu tidak bermakna yang kita tidak perlu perjuangkan apa yang perlu kita dapat, daripada segi pembangunan untuk setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Hak dan Isu Wanita dan Kanak-kanak di Wisma Wanita di sini, Isnin.

Turut hadir Peguam Negeri Sabah, Mariati Robert, yang juga pengerusi majlis itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain