suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TNB Tidak Lagi Terima Bayaran Cek Bil Telekom, Air, PBT

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Okt ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi akan menerima cek pembayaran bagi bil Telekom Malaysia, pembekal air negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Ia melibatkan semua kaunter dan kios pembayaran TNB.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata pemansuhan penerimaan cek terpaksa dilaksanakan susulan banyak berlaku kes penipuan.

"Bagaimanapun kami masih menerima pembayaran melalui cek untuk bil TNB," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pelanggan perlu menulis nombor akaun TNB (14 digit) di belakang cek yang dipalang untuk bayaran kepada 'Tenaga Nasional Berhad'.

Bayaran hanya dianggap sah setelah cek ditunaikan.


TNB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain