suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Wanita Maut Dalam Kemalangan Dekat R&R Sungai Perak

IPOH: Dua wanita maut manakala lapan yang lain cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 249.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, awal pagi Ahad.

Jurucakap polis berkata dalam kemalangan pada pukul 1.40 pagi itu berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak, Salmah Ahmad, 46, dan Jemah Mat Nata, 61, maut di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah kesan rempuhan itu. 

Salmah beralamat di Kampung Kelian Sungai Ava, Batu Kurau, sementara Jemah dari Taman Kami 8, Aulong, Taiping. 

"Kenderaan van jenis Toyota yang dinaiki kesemua mangsa dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai telah hilang kawalan," katanya.

Beliau berkata van tersebut dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini, menuju ke Rawang, Selangor membawa 10 orang termasuk pemandu manakala Honda yang dinaiki dua orang itu pula dari Pulau Pinang ke Ipoh.
 
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. 

Mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital sama dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, katanya. 

kemalangan, R&R, Sungai Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain