Ahmad Zahid Tidak Tahu Laporan Media Indonesia Mengenai Kehilangan MH370 - Semasa | mStar

Ahmad Zahid Tidak Tahu Laporan Media Indonesia Mengenai Kehilangan MH370

Ahmad Zahid Hamidi.
BUTTERWORTH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mengetahui mengenai laporan media Indonesia yang mendakwa kononnya polis Indonesia dan Malaysia mengetahui punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, Mac lepas. 

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata laporan itu belum sampai dalam pengetahuannya. 

"I know nothing about it (saya tak tahu apa-apa tentangnya)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini Ahad.

Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menafikan laporan media Indonesia itu dan berkata beliau akan menghubungi Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu. 

Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Ahmad Zahid Hamidi , MH370 , Tempo.co

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain