suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akta Baharu Tetap Lindungi Hak Melayu - Khairy

Khairy Jamaluddin.
KAJANG: Kerajaan memberi jaminan akta baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 tetap akan mempertahankan maruah Melayu, agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata jaminan itu telah disampaikan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib telah menjelaskan kepada saya bahawa selagi beliau (Najib) adalah Perdana Menteri...selagi beliau Presiden Umno, maka akta itu akan tetap mempertahankan maruah bangsa Melayu," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Hulu Langat, dekat sini, Ahad.

Justeru, katanya, orang Melayu tidak perlu bimbang mengenai cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan akta baharu.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional telah menerima pelbagai reaksi termasuk yang tidak bersetuju akta tersebut dimansuhkan.
Akta Hasutan, Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain