suria

Wanita Hampir Maut Bom Tangan Meletup Bawah Kereta

Junaidi Bujang
PETALING JAYA: Seorang wanita hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup ketika kereta yang dipandunya melalui jalan berhampiran rumahnya di Kampung Baru Subang di sini, Sabtu.


Chong May Lun, 40, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada 6.45 pagi, tidak menyangka bunyi kuat itu adalah letupan sebutir bom tangan.

"Saya bernasib baik kerana bom itu tidak meletup di tangki minyak dan di bahagian pemandu," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Sabtu.

Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Chong berkata, bom itu diletakkan di bawah sebuah bongkah batu di jalan berkenaan.

Menurutnya, jalan berkenaan terletak hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya, dan mendakwa bom itu sengaja diletakkan di situ.

"Saya tolong kakak usahakan perniagaan kedai makan...mungkin ada unsur dengki dalam perniagaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

"Kita sedang mengenal pasti model bom yang digunakan dan punca kejadian," katanya.


Kampung Baru Subang, bom tangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain