Pengalaman Peniaga Dengan Tun Razak Dan Najib

Chow menunjukkan kad pengenalan sebagai ahli Umno bersekutu yang masih disimpan sebagai kenangan.

PETALING JAYA: Kisah tentang sejarah dan pembangunan negara yang sering dipaparkan oleh The Star, telah mendorong seorang bekas peniaga pasar basah untuk berkongsi pengalaman ketika bersama bekas pemimpin Umno, termasuk perdana menteri terdahulu.

Chow Shui, juga dikenali sebagai Choo Ying Choy, mempunyai pengalaman secara peribadi dengan kebanyakan pemimpin terdahulu pada era Tunku Abdul Rahman.

“Saya sangat rapat dengan Tun Ghafar Baba, Tun Ghazali Shafie dan Tan Sri Aishah Ghani,” kata Chow, 75, yang sebelum ini sering berulang-alik ke pasar basah Pudu di Kuala Lumpur atas urusan perniagaannya.

Sebagai wakil tidak rasmi masyarakat Cina yang tinggal di bandar, Chow kerap menghadiri perhimpunan Umno dan Perikatan (kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional).

“Saya selalu diminta untuk mengaturkan pertemuan antara individu berpengaruh dan pemimpin masyarakat Cina dengan kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Chow juga amat rapat dengan Aishah, bekas Menteri Kebajikan Sosial dan ketua Wanita Umno yang meninggal dunia pada usia 90 tahun pada April tahun lalu, dan sering menggelar beliau sebagai ‘kakak’ (kak long).

“Saya dijemput ke rumahnya setiap kali hari raya. Malah saya juga pernah membantu menguruskan beberapa perhimpunan Umno termasuk majlis yang dihadiri Tunku sendiri,” kata Chow sambil menunjukkan kad keahlian Umno miliknya bagi membuktikan dia sebagai ahli bersekutu seumur hidup.

Chow (empat dari kiri) ketika menghadiri majlis Umno ketika dipimpin oleh Tunku. Gambar ini turut menunjukkan Menteri Penerangan dan Penyiaran, Tan Sri Senu Abdul Rahman (kanan) sebagai tetamu kehormat disamping individu yang Chow gelar sebagai kakak iaitu  Tan Sri Aishah Ghani (dua kanan).

Selain itu, dia mempunyai koleksi gambar hitam putih yang dikumpul sejak beberapa puluh tahun lepas ketika bergaul dengan ahli politik dan masih menyimpan semua surat Umno dan Kerajaan Persekutuan dalam satu fail.

Satu daripada koleksi menarik Chow adalah gambar Tun Razak Hussein yang diambil ketika perdana menteri kedua itu mengadakan lawatan bersejarah ke China pada 1974.

Chow berbangga kerana dia diberi peluang menyerahkan semula gambar berusia 40 tahun itu kepada anak lelaki Tun Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila perdana penteri mengadakan lawatan projek pembangunan semula skim perumahan awam 1Razak Mansion di Kuala Lumpur pada April lalu.

Gambar itu diberikan kepada Chow oleh pemandu peribadi Tun Razak selepas beliau pulang dari China. Najib berusia 21 tahun ketika itu.

“Saya amat rapat dengan pemandu Tun Razak dan kami sering keluar makan bersama apabila dia tidak bertugas.

“Saya membesarkan saiz gambar itu sebelum meletakkannya dalam bingkai gambar. Kemudian saya menunggu kedatangan Najib untuk menyerahkan gambar berkenaan ketika beliau melawat projek 1Razak Mansion,” kata Chow sambil menambah, perdana menteri kemudiannya menyiarkan gambar terbabit dalam laman sosial Facebook milik beliau.

“Saya mempunyai banyak kisah tentang ahli politik terdahulu untuk dikongsi, terutamanya pada zaman Razak kerana saya mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan mereka secara kerap,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Bercerita tentang Aishah, Chow berkata, beliau merupakan ahli politik yang tegas dan membenci amalan politik yang berunsur hasutan.

“Beliau juga membenci mereka yang sengaja menimbulkan syak wasangka bagi mencetuskan huru-hara,” tambahnya.

Merdeka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain