suria

Serah Kereta Langkawi Overstay Sebelum Dirampas - Kastam

Datuk Mohd Isa Endot

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyeru pemilik-pemilik kenderaan termasuk pegawai-pengawai penjawatan awam agar tampil menyerah kenderaan dari Langkawi yang berada di luar pulau itu melebihi tempoh ditetapkan (overstay/fraud) sebelum tindakan diambil.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Isa Endot berkata, amaran itu diberikan sebelum tindakan tegas dan lebih berat dikenakan jika pemilik gagal berbuat demikian secepat mungkin.

"Pihak kastam mempunyai senarai lengkap serta sentiasa mengesan kedudukan kenderaan yang disembunyikan.

"Malah kami meminta orang ramai agar berhati-hati dalam urusan membeli kenderaan mewah daripada individu, ejen atau syarikat penjual kereta.

"Pembeli dinasihatkan supaya membuat pengesahan berkaitan Lesen Import  (AP) dan borang Kastam 1 dengan pihak kastam terlebih dahulu sebelum membeli kenderaan tersebut," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya, Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Isa memdedahkan, sebanyak 33 kenderaan Overstay/Fraud dari Langkawi kerana kesalahan Butiran 13A, Perintah Duti Kastam (Prngecualian ) 2013 dan Memiliki Barang Belum Lulus Kastam telah dirampas sejak tahun lalu.

"Penghujung tahun 2013 dan awal tahun ini, JKDM telah merampas sebanyak 33 unit kenderaan jenis Lamborghini, Ferrari, Bentley, Porshe dan Nissan GTR.

"Nilai kesemua kenderaan tersebut adalah sebanyak RM11.3 juta, manakala jumlah cukai pula bernilai RM23.2 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 12 unit kenderaan telah membayar cukai bernilai RM 5.9 juta, " jelasnya.

Tambahnya, bagi kes kenderaan fraud (penipuan) pula melibatkan sebanyak 28 buah kenderaan seperti Audi, Toyota, Nissan, Honda, Mitsubishi dan Volkswagen bernilai RM930,431 dengan jumlah cukai sebanyak RM1.4 juta.

"Tujuh buah telah membayar cukai bernilai RM657,298, dan terdapat kes kenderaan dari Singapura yang dirampas berjumlah 59 unit yang terdiri daripada Mercedes, Lexus, Honda, Motosikal BMW bernilai lebih RM2 juta melibatkan sukai sebanyak RM35.4 juta," jelasnya.

Kastam, Langkawi

Artikel Lain