suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Tentukan Di Mana Jenazah Tambi Jiee Bakal Dibawa Pulang

Datuk Rohani Karim
SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih menunggu keputusan anggota keluarga Tambi Jiee bagi proses penghantaran pulang jenazahnya ke tanah air, kata Menteri berkenaan Datuk Rohani Karim.

Beliau berkata pihaknya akan memenuhi permintaan anggota keluarga arwah sama ada jenazah diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atau terus ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

"Semalam saya telah berhubung dengan keluarga arwah dan mereka meminta jika hanya satu jenazah yang tiba, mereka mahu jenazah dihantar terus ke Kuching dan istiadat akan diadakan di sana.

"Kita menghormati keputusan keluarganya yang tengah berbincang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini Selasa.

Istiadat penghormatan untuk sembilan jenazah itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambi yang merupakan kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lalu, berada dalam pesawat MH17 itu bersama isteri dan empat orang anaknya.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebelum Tambi kembali bertugas di Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur.

Jenazah isterinya Ariza Ghazalee dan anak sulung mereka Mohd Afif telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Ogos.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jenazah Tambi yang telah dikenal pasti kini dalam proses untuk disiapkan dokumentasi bagi penghantaran pulang jenazahnya.

"Rohani akan bantu kita agar jenazah Tambi dapat dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin walaupun seorang sahaja," katanya.

Liow berkata tarikh penghantaran pulang jenazah akan diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien setelah mendapat perlepasan dari Amsterdam.
MH17, Tambi Jiee, Datuk Rohani Karim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain