suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Selangor: PAS Tetap Calonkan Azmin

PAS tetap akan mengemukakan nama Azmin sebagai calon kedua selain Dr Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

PETALING JAYA: Tanpa mengendahkan gesaan dua rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS mengesahkan untuk tetap mencalonkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu jelas bertentangan dengan pendirian PKR dan DAP sebelum ini yang berkeras mencalonkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu.

"Kita akan tetap hantar dua nama seperti yang sudah diputuskan. Memang hanya dua nama akan dipersembahkan kepada tuanku.

"Dua nama itu semua orang pun dah tahu...Dr Wan Azizah dan Azmin, itu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar online pada Selasa.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, PAS akan mengemukakan surat jawapan kepada istana pada Rabu berhubung dua nama yang dicalonkan itu.

"Kita akan hantar surat bersendirian, semua parti (dalam PR) hantar surat jawapan sendiri menggunakan kepala surat parti masing-masing," katanya.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (esok).

Artikel Lain