suria

MB Selangor: Azmin Yakin Keupayaan Wan Azizah

Azmin (tengah) selepas merasmikan Kongres AMK PKR pada Jumaat.
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sekali lagi menyatakan keyakinannya terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Justeru katanya, semua pihak perlu mematuhi keputusan yang dicapai dalam usaha parti itu untuk menggantikan penyandang kerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Setiap pimpinan dan anggota wajb patuh dan bersama untuk melaksanakan keputusan tersebut.

"Bukan hanya anggota yang perlu taat kepada pemimpin, tetapi pemimpin juga perlu taat dan bertanggungjawab kepada pasukan dan organisasi mereka," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikan ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angakatan Muda Keadilan (AMK) ke-10 di sini.

Sebelum ini, AMK menggesa supaya kepimpinan PKR mempertimbangkan supaya Azmin turut dipertimbangkan sebagai calon kedua menteri besar Selangor, selain Dr Wan Azizah.

Gesaan itu timbul sejurus selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu mahu Azmin turut diangkat sebagai salah satu calon berpotensi.

Bagaimanapun, Azmin menolak saranan itu demi patuh kepada keputusan parti yang mahu hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon kerusi panas tersebut


Artikel Lain