Subramaniam Selar Kerajaan Selangor Peningkatan Drastik Kes Denggi - Semasa | mStar

Subramaniam Selar Kerajaan Selangor Peningkatan Drastik Kes Denggi

S Subramaniam
Datuk Seri Dr S Subramaniam
KLANG: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyelar kerajaan Selangor kerana tidak mengambil langkah-langkah drastik untuk memerangi peningkatan jumlah kes denggi di negeri ini.

Mendakwa bilangan kes telah meningkat dari hari ke hari, beliau membidas majlis-majlis tempatan dan kerajaan negeri kerana 'membenarkan' peningkatan berlaku.

"Terdapat 28,621 kes di Selangor dengan 38 kematian sehingga 19 Julai.

"Ini adalah hampir tiga kali ganda kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas, yang hanya menyaksikan 6,520 kes dan tujuh kematian.

"Apa yang kerajaan Selangor lakukan tentang perkara ini? Ini bukan mengenai politik tetapi tentang rakyat," katanya kepada pemberita.

Dr Subramaniam berkata demikian selepas melawat penduduk di Taman Sentosa, sebuah kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai 'hotspot'.

"Apabila saya datang di sini (Taman Sentosa), ia seolah-olah seperti satu longgokan besar sampah. Longkang tersumbat dan sampah tidak dikutip. Ini menyumbang faktor pembiakan nyamuk aedes.

"Tidak kira berapa banyak semburan asap oleh Jabatan Kesihatan Negeri lakukan, ia tidak akan membantu jika majlis-majlis tempatan tidak memainkan peranan mereka," katanya.

Dr Subramaniam berkata Kabinet telah memperuntukkan RM16 juta untuk kementeriannya pada Jumaat, bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk membantu menurunkan jumlah kes denggi.

Mengenai pasukan petugas khas peringkat kementerian yang dibentuk untuk menangani perkara ini, beliau berkata ia berjalan dengan baik, sambil menambah pelbagai aktiviti seperti pengasapan dan kempen telah dijalankan sejak penubuhannya.

Sehingga Khamis lalu, negara mencatatkan 54,152 kes dan 96 kematian akibat demam denggi.

Ini adalah peningkatan sebanyak 256 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.
denggi , aedes

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain