suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Besi Pembinaan LRT Hempap Kereta, Dua Cedera

PETALING JAYA: Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Azmi Abu Kassim, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi Khamis ketika kerja-kerja mengangkat batang besi di kawasan pembinaan itu sedang dijalankan.

"Beberapa batang besi terjatuh di atas sebuah kereta (Honda Civic) yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan seorang lelaki dan perempuan yang berada di dalamnya cedera.

"Sebuah van jenis Nissan Vanette yang sedang mengekori kereta berkenaan kemudian gagal berhenti dan merempuh kenderaan itu," katanya.

Jelasnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Sime Darby dekat Subang untuk menerima rawatan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan. 

besi jatuh, lrt, LTS

Artikel Sebelum

Artikel Lain