suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat Huru-Hara, Pemilihan Cabang PKR Ditangguh Lagi

PETALING JAYA: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlarutan sejak April lalu masih belum berakhir apabila pemilihan semula dua cabang di Selangor ditangguhkan lagi sehingga Ogos depan.

Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abd Malek Hussin berkata, penangguhan itu melibatkan Cabang Puchong dan Kelana Jaya.

"Pemilihan semula bagi Cabang Puchong dan Kelana Jaya ditangguhkan ke 10 Ogos depan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, pemilihan di dua cabang itu sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini sebelum penangguhan dibuat.

Sebelum ini JPP membatalkan pemilihan di kedua-dua cabang berkenaan yang berlangsung pada 11 Mei lalu kerana wujud bantahan berikutan pelbagai masalah.

PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain