suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Bukit Assek Meninggal Dunia

Wong Ho Leng.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Assek di Sarawak Wong Ho Leng disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.50 malam Sabtu akibat kanser.

Perkara itu disahkan oleh Ibu Pejabat DAP Kebangsaani.

Terdahulu, The Star melaporkan Hong Leng yang sedang menjalani rawatan tumor otak berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.

Isteri beliau, Irene Chang turut mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai keadaan Hong Leng.

Pada Januari tahun lalu, Hong Leng mengumumkan beliau disahkan menghidap tumor otak.

Bagaimanapun, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 20 Jun 2011.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri.

Artikel Lain