suria

Rela Tempatkan Anggota Di 417 Sekolah Seluruh Negara

DUNGUN: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menempatkan anggotanya di 417 buah sekolah di seluruh negara yang berisiko tinggi dalam kemalangan dan penculikan. 

Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata kes kemalangan serta penculikan melibatkan pelajar ketika di sekolah di bandar besar agak tinggi. 

"Sebelum ini kita memang telah meletakkan anggota di sekolah-sekolah... namun kita terpaksa hentikan pada November lalu ekoran kekurangan dana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Relasis Politeknik peringkat negeri Terengganu di sini Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar. 

Menurut Mustafa bermula 15 Jun lalu pihaknya telah meletakkan semula anggota Rela di sekolah berisiko tinggi. 

Beliau berkata Rela akan juga meletakkan kembali anggotanya bertugas di negeri-negeri Perak, Perlis dan Kelantan, yang bersempadan dengan negara jiran. 

Ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan diesel dan sebagainya. 

Rela, sekolah

Artikel Lain