suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Berdebar, Teruja - Dyana Sofya

Dyana Sofya ketika meninjau proses membuang undi di SMK Sultan Abdul Aziz, pagi Sabtu.
TELUK INTAN: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui berdebar menantikan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang ketika ini sedang berlangsung di 35 pusat mengundi sekitar kawasan P.76 itu.

Beliau yang bertanding satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong berkata, rata-rata pengundi yang ditemuinya begitu peramah.

"Bagaimanapun saya tidak pasti mereka mengundi siapa. Kita tunggu sahaja keputusan nanti.

"Apapun, rakyat yang berkuasa dan kita lihat siapa yang mereka akan berikan mandat," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz dekat sini, Sabtu.

Ditanya mengenai perasaan pada hari mengundi PRK Teluk Intan Sabtu, Dyana berkata, "Ia sungguh mengujakan, saya berdebar untuk tunggu keputusan. Apapun, rakyat yang akan buat keputusan."

Keputusan PRK Teluk Intan pada Sabtu dijangka dapat diketahui seawal pukul 9 malam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain