suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hudud Mampu Kawal Jenayah Serius - PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
PETALING JAYA: PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu percaya hudud boleh mengawal peningkatan jenayah serius.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, undang-undang sedia ada telah gagal untuk bertindak sebagai penghalang kerana penjenayah tidak lagi takut dengan undang-undang tersebut.

"Keberkesanan sistem kehakiman semasa adalah meragukan dan kadar jenayah masih belum dapat dikurangkan.

"Ramai orang masih percaya bahawa undang-undang yang dicipta manusia adalah lebih unggul walaupun sudah jelas ia tidak ditakuti oleh penjenayah," katanya.

Merujuk kes baru-baru ini di mana seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh sekumpulan lebih daripada 30 lelaki di Ketereh , Kelantan, Tuan Ibrahim berkata walaupun hudud mungkin tidak berupaya untuk menghukum pelaku dalam kes tertentu kerana terdapat unsur-unsur keraguan, tertuduh bagaimanapun boleh dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Takzir adalah satu lagi cabang undang-undang syariah yang dikenakan apabila terdapat kekurangan bukti terhadap tertuduh.

Beliau menambah, undang-undang jenayah sedia ada tidak mencukupi dan penyelesaian yang lebih menyeluruh diperlukan dengan menyatakan sekali lagi bahawa pelaksanaan undang-undang syariah akan menjadi lebih ideal.

PAS telah merancang untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen untuk membuka jalan penguatkuasaan hudud di Kelantan.
PAS, hudud, jenayah serius

Artikel Lain