Mangsa Tetak Berlari Satu Kilometer Tanpa Sebelah Tangan - Semasa | mStar

Mangsa Tetak Berlari Satu Kilometer Tanpa Sebelah Tangan

KOTA BAHARU: Seorang lelaki berlari sejauh satu kilometer tanpa sebelah tangan untuk menyelamatkan diri selepas ditetak dua lelaki di Bukit Temalong, Bachok Rabu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam ketika Izani Razali, 43, dari Besut, Terengganu baharu pulang daripada rumah ibu saudaranya di Bachok dengan motosikal sebelum didatangi dua lelaki yang menetaknya sehingga tangannya terputus di sebuah kawasan perumahan.

Menurut isteri mangsa Aidah Arifin, 36, suaminya berada di Bachok atas urusan kerja sebelum beliau ke rumah ibu saudaranya itu.

"Dia berlari meninggalkan motosikalnya kira-kira sejauh satu kilometer untuk selamatkan diri selepas tangan kanannya ditetak.

"Dia kemudiannya diselamatkan orang kampung yang membawanya ke hospital berdekatan," katanya kepada pemberita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Jumaat.

Aidah berkata suaminya kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HUSM dan doktor mengesahkan bahawa tangannya berjaya disambung semula.

"Menurut doktor, pembedahan telah dilakukan dan tangannya telah disambung semula. Namun sekarang dia tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata gerakan mencari suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
tetak

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain