Hudud: Sarawak Ikut Keputusan PM

KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan mengikut keputusan dan pendirian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hudud di Kelantan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ir Daud Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri tidak menolak pelaksanaan Hudud, kerana sebagai orang Islam hukum yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh ditentang.

"Pelaksanaan Hudud itu mesti mengikut perkembangan semasa supaya semua pihak termasuk mereka yang bukan Islam betul-betul memahami hukum tersebut.

"Seperti apa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, hukum Hudud tidak pernah dilaksanakan sebaliknya ia merupakan satu proses yang berjalan dengan sendiri dan pelaksanaannya dilakukan kepada semua orang," katanya.

Daud berkata keadaan itu berbeza dengan hasrat PAS yang ingin melaksanakan undang-undang Hudud itu secara persendirian di Kelantan dan hanya dikuatkuasa kepada mereka yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya pendirian Sarawak sama ada menyokong atau menolak usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hudud di Kelantan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau selewat-lewatnya Disember ini.

Terdahulu Daud merasmikan Seminar Fatwa Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat Sarawak di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya hukum Hudud dilaksanakan sedemikian di Kelantan, ia akan mengundang pelbagai komplikasi, iaitu mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

"Sepatutnya penerangan dan pemahaman mengenai hukum Hudud itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu kepada seluruh masyarakat dan dalam hal ini Pusat Penerangan Islam (IIC) harus memainkan peranan.

"Sekiranya masih ada yang takut mengenai hukum Hudud, sama ada orang Islam atau bukan Islam, membuktikan bahawa pemahaman rakyat mengenai hukum itu masih belum jelas," katanya.

Daud berkata dalam masa yang sama, penerangan mengenai Islam harus ditunjukkan menerusi amalan dan sikap umat Islam sendiri, supaya mereka yang bukan Islam menghormati dan tertarik dengan agama Allah ini.

Sarawak, Hudud

Artikel Sebelum

Hukum Hudud: MIC Mahu Bertemu PAS

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain