suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hukum Hudud: MIC Mahu Bertemu PAS

S.Vell Paari.
KUALA LUMPUR: MIC mahu mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PAS untuk membincangkan pelaksanaan hukum hudud dan keprihatinan masyarakat India, kata Pengarah Startegiknya, Datuk Seri S.Vell Paari.

Beliau berkata, permohonan parti telah diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang akan memaklumkannya kepada Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

"Saya ingin jelaskan bahawa MIC tidak akan menyokong pelaksanaan hudud. Namun daripada menekan Pakatan Rakyat untuk memberikan kenyataan, saya ingin bertemu kepimpinan Pakatan Rakyat bagi membincangkan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan untuk membentangkan usul pelaksanaan hudud di Kelantan pada sidang Parlimen, Jun nanti.

"Saya berharap mesyuarat diantara PAS dan MIC akan menjadi kenyataan.

"Apabila Israel, Palestin dan Hamas boleh bertemu, apabila Amerika Syarikat dan Iran boleh bertemu, tiada salahnya untuk PAS dan MIC turut melakukan perkara sama bagi membincangkan pendirian masing-masing," katanya.

S.Vell Paari, MIC, PAS, hukum hudud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain