suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Ringan Terhempas Di Pengkalan Chepa, Jurutebang Pelatih Terselamat

PETALING JAYA: Sebuah pesawat ringan jenis Piper Warrior II milik syarikat latihan penerbangan Asia Pasific Flight Training (APFT) terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu pada tengah hari Isnin.

Seorang juruterbang pelatih yang menerbangkan pesawat itu secara solo bagaimanapun terselamat.

Mangsa, Shangkar a/l Muthoo, 20, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan patah kaki kanan.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu apabila mangsa dipercayai cuba melakukan pendarat cemas berikutan pesawat mengalami masalah mekanikal. 

Juruterbang tersebut kini mendapat rawatan di  Hospital Raja Perempuan Zainab II.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain