suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nilai Khidmat Bas Ikut Taraf Bintang - Ab Aziz

Ab Aziz Kaprawi

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Julai ini, kerajaan akan menguatkuasakan sistem penarafan bintang terhadap semua syarikat bas bagi menilai kualiti perkhidmatan mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata selain mewujudkan persaingan sihat, langkah itu turut bertujuan membendung insiden kemalangan melibatkan bas ekspres dan bas persiaran.

"Ia bukan sahaja terhad kepada aspek keselamatan penumpang, malah penguatkuasaannya membantu pengusaha perkhidmatan bas memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik, dengan mematuhi tempoh penyelenggaraan berkala yang ditetapkan," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jaspal Singh yang ingin tahu langkah yang diambil kementerian dalam membendung kemalangan melibatkan bas ekspres di Dewan Negara, Isnin.

Ab Aziz berkata penarafan 0 hingga 5 bintang yang diberikan kementerian itu bergantung kepada kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan syarikat susulan pemeriksaan keadaan bas dilakukan antara lain oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Beliau berkata bintang yang diperoleh akan dipamer di setiap kaunter tiket dan di dalam bas ekspres atau persiaran berkenaan.


Artikel Lain