Hudud: DAP Digesa Singkirkan Kit Siang, Guan Eng - Semasa | mStar

Hudud: DAP Digesa Singkirkan Kit Siang, Guan Eng

PETALING JAYA: DAP perlu menyingkirkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang daripada parti itu kerana bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud.

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Wee Jeck Seng menggesa DAP dan masyarakat Cina supaya menolak kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu kerana gagal memainkan peranan mereka.

"Apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersetuju dengan perlaksanaan hudud di Kelantan, ia bermakna Kit Siang dan Guan Eng gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat bukan Islam dan komuniti Cina," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ahli Parlimen Tanjong Piai itu menggesa kepimpinan dan ahli DAP supaya membantah tindakan Guan Eng dan Kit Siang dan menuntut supaya mereka dipecat bagi menjaga maruah parti itu.
Hudud , PAS Kelantan , Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , MCA , DAP

Artikel Sebelum

KLIA2: AirAsia Jumpa PAC Hari Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu

Rakyat Pahang terima Sultan baharu