suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP Dakwa Majlis Pimpinan PR Tidak Setuju Dengan Hudud

Lim Guan Eng.(gambar fail)
GEORGE TOWN: DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.
 
"Ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS.

Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia bertentangan dengan perlembangan," katanya.
 

"Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti.



Lim Guan Eng, Hadi Awang, hudud

Artikel Lain