suria

MaGIC Sedia Peluang Kepada Usahawan Muda Realisasi Impian - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memasukkan kapsul masa sempena pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada Ahad. -Foto BERNAMA.
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang baru dilancarkan, menyediakan peluang kepada usahawan muda Malaysia merealisasikan impian mereka.
 
"Jika kita mahu mengubah dunia, kita perlu bermula dengan anak-anak muda. Apa yang mereka perlukan ialah satu ekosistem yang akan membolehkan mereka menyalurkan semangat dan idea-idea mereka menjadi kenyataan," kata perdana menteri kepada lebih 2,000 belia di majlis pelancaran Program Usahawan 1Malaysia (1MET) di sini hari ini.

Terdahulu, Najib dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melancarkan MaGIc, tempat di mana usahawan 1MET akan diberikan bimbingan lanjut.

Najib berkata MaGIC merupakan pusat di mana usahawan muda boleh menghasilkan idea dan membangunkan idea-idea mereka kepada usaha perniagaan yang berjaya.
 
"Di sinilah peranan kerajaan. Kami mewujudkan peluang yang baik untuk mereka," kata Najib.

Beliau berkata jika Malaysia mahu berubah menjadi negara berpendapatan tinggi, negara memerlukan orang yang boleh mengubah idea-idea untuk menjana kekayaan
 
"Sebentar tadi, bersama Obama, kami melihat tiga idea hebat," kata beliau yang memberi contoh jam tangan yang boleh mencetuskan penggera sekiranya kadar glukosa pesakit diabetes pada peringkat membimbangkan, kereta elektronik dan aplikasi yang boleh membantu membuat perbentangan.

Najib berkata ini adalah satu permulaan dan akan ada lebih banyak idea sedemikian yang boleh diubah kepada perniagaan yang berdaya maju.
Najib Razak, MaGiC

Artikel Lain