suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Anak Sulung Zahid Hamidi Dipecah Masuk

KUALA LUMPUR:  Rumah anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad dipecah masuk oleh bekas pemandu anaknya itu pada Sabtu.

Nurul Hidayah memberitahu polis bahawa dia mengesyaki kejadian tersebut dilakukan oleh bekas pemandunya yang masuk ke dalam rumahnya di Country Height dengan menggunakan kunci rumah yang diberikan kepada suspek ketika dia masih berkhidmat dengannya. 

Suspek dipercayai melarikan dua jam tangan berjenama dengan wang tunai berjumlah RM1,000. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Wahab mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan kejadian tersebut namun beliau berkata tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan dan 'hanya' beberapa barang sahaja yang hilang daripada rumah berkenaan. 

Ahmad Zahid, Nurul Hidayah

Artikel Lain