suria

Foto Galeri Ketibaan Obama di Malaysia

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mempersilakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika menyambut ketibaannya di Bangunan Parlimen pada Sabtu.

obama lambai

Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama melambaikan tangan kepada tetamu yang menantikan ketibaan beliau. Obama turut diiringi oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) pada sesi menyambut kedatangannya di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

obama agong2
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjalan bersama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah) ketika melakukan kunjungan hormat ke Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada Sabtu- Foto AFP.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeriksa perbarisan kehormat Batalion Pertama Askar Melayu Diraja sempena sambutan rasmi presiden itu di Dataran Parlimen pada Sabtu.

Obama memeriksa perbarisan kehormat Batalion Pertama Askar Melayu Diraja sempena sambutan rasmi presiden itu di Dataran Parlimen pada Sabtu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di pangkalan TUDM Subang.

Obama bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang pada Sabtu.

Obama melambaikan tangan sebaik sahaja tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Subang.

Seorang pengawal keselamatan menunggu di tepi kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat jenis Cadillac One di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang dekat sini, sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama tiba di pangkalan TUDM Subang pada pukul 4.50 petang Sabtu.





Obama, Najib, Agong

Artikel Lain