suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Burung Enggang Tidak Terperangkap

KUANTAN: Jangan terkejut dan jangan ganggu. Burung ini tidak terperangkap tetapi hanya akan melalui proses pembiakan.

Lubang yang ditebuk sendiri oleh burung enggang untuk menyimpan telurnya.


Itulah mesej dari Jabatan Hidupan Liar (Perhilitan) Taman Negara Pahang kepada sesiapa yang mengambil berat terhadap seekor burung enggang yang seolah-olah terperangkap dalam sebuah lubang di pangkal pokok berhampiran sebuah restoran di Jalan Beserah di sini.

Pegawai Hidupan Liar, Azmi Tan Mat Ali berkata burung enggang betina (Anthracoceros albirostris convexus) itu menggali sendiri lubang itu untuk meletakkan telurnya.

Menurut Azmi dengan bantuan pasangannya, lubang itu ditutup dengan lumpur dan meninggalkan hanya satu lubang untuk makan.

"Burung jantang itu datang kerap untuk memberi makan kepada pasangannya di dalam lubang. Apabila telur telah menetas dan anak burung sudah membesar, mereka akan keluar daripada lubang," katanya.

Azmi berkata ini merupakan kali kedua beliau melihat sarang burung yang dibuat begitu dekat dengan tanah.

"Biasanya enggang membina sarang yang tinggi di atas pokok," katanya.
Burung Enggang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain