suria

Selamat Datang Daripada Rakyat Malaysia

APABILA pesawat Air Force One mendarat di pangkalan TUDM Subang tengah hari ini, ia benar-benar akan menjadi detik bersejarah bagi Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Lawatan Presiden AS, Barack Obama yang pada asalnya dijadualkan pada Oktober tahun lepas, merupakan yang pertama sejak 1966 selepas Presiden Lyndon B. Johnson mendarat di lapangan terbang yang sama pada 30 Oktober tahun berkenaan.

Menariknya ketika menyampaikan ucapan ringkas di lapangan terbang semasa ketibaan Johnson berkata: "Saya rasa saya tahu anda kerana Malaysia, seperti Amerika Syarikat adalah sebuah kerajaan persekutuan yang pernah menjadi tanah jajahan British.

"Malaysia sama seperti yang Amerika Syarikat iaitu sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat bebrilang agama, bangsa dan budaya.

"Di sini, seperti di Amerika, anda sedang berusaha untuk mengurangkan ketegangan antara kaum supaya semua rakyat boleh hidup dengan aman antara satu sama lain."

Sesungguhnya, kata-kata Johnson itu tepat kerana komitmen untuk rakyat Malaysia hidup bersama-sama dalam harmoni membebaskan kita daripada terus dibelenggu penjajah.

Sejak itu banyak yang berubah bagi kedua-dua buah negara.

Obama akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah negara maju dengan pembangunan infrastrukturnya.

Seperti Johnson, Obama akan gembira dalam kepelbagaian kerana Malaysia sentiasa berjaya mempamerkan imej yang sentiasa hidup, berkembang maju walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum, bahasa dan agama.

Bagaimanapun masih banyak yang boleh kita belajar daripada satu sama lain dalam menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat.

Negara kita, dalam sudut pandangan yang unik boleh disifatkan telah mendahului AS.

Kita mendapat hak demokrasi apabila diberi kemerdekaan pada 1957. Dan pada ketika itu semua rakyat berbilang kaum layak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam dunia global, kerajaan dan rakyat Malaysia sudah mengetahui banyak perkara antara satu sama lain.

Banyak kepentingan terhadap kunjungan kali pertama Obama ke Malaysia.

Terdapat banyak objektif yang dikongsi bersama akan dipertingkatkan apabila Presiden AS itu memijak tanah Malaysia.

Presiden AS itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan peribadi dan kerja yang cemerlang.

Dan Obama memang sangat popular di Malaysia.

Selamat Datang, Tuan Presiden.
Barack Obama, Lyndon B. Johnson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jom Serbu Hari Terbuka KLIA2

Artikel Lain